Kembali pada diriku yg asal, atas peribadi yg berbeza, aku merasakan suatu kepuasan dlm pengembaraan, melalui detik2 terindah dlm hidup, mengenang setiap perubahan dan keputusan yg dibuat dgn perasaan jitu tanpa ragu..
Kadang2 seperti suatu pertentangan dlm diri, melakukan sesuatu yg kelihatan bertentangan..
Aku menempuh segala kesulitan, antara diperlakukan seperti pesalah yg patut dihukum tanpa penghakiman atau pengkhianat yg menjadi petualang keturunan..
Ia semacam suatu runtunan perasaan, resah dan kecewa, kehampaan dan kedahagaan, pencarian dan kesesatan, dan tentunya juga perjalanan dlm mencari suatu makna lain dlm kehidupan..
Aku tidak pernah menduga utk menjalani kehidupan seperti ini, suatu yg tidak pernah dijangka dlm fikiran suatu ketika dulu, terasa amat asing seperti suatu yg didatangi secara tiba2, dan memberikan suatu perasaan aneh..
Aku tidak mentafsir semuanya itu kepalsuan kejadian atau sesuatu yg hanya diikatkan dgn kehidupan sebagai jelmaan perasaan, sekadar harapan atau cita2 yg bakal berkubur nanti..
Ini hidup yg sebenar, kehidupan yg realitis, ada kebenaran dan ketentuan sendiri, sebagaimana aku menerima beberapa perkara dlm hidup sebagai suatu takdir dan aku pilih utk melaluinya..
Sama ada aku mahu menerima atau tidak, ia persoalan lain yg mungkin atau mempunyai sebab dan kaitan yg sejajar pada setiap suatu kejadian, atau menjadi suatu yg asing dan terpisah..
Sepanjang masa aku akan membuat beberapa andaian dan jangkaan akan kemungkinan dan pilihan tindakan, antara keperluan atau tidak, membuat keputusan menggunakan akal dan kewarasan..
Aku beranggapan disinilah aku mencari suatu makna baru dlm hidup, memburu hidup yg abadi, biarpun kehidupan disini kadang2 tidak memberikan aku peluang, ruang dan kesempatan..
Aku menjadi matang dari hari semalam, berani dan gagah dlm berdepan dgn kecemasan atau kesukaran, berdepan dgn segala ketidaktentuan dan kerisauan, ugutan kebimbangan yg sering menduga dan tidak membantu diri..
Aku memandang ke langit, tanah, hutan, semak dan sungai, atau denai yg menjadi lorong pencarian rezeki dan sumber kehidupan, segala2nya seolah-olah memberikan isyarat mengenai kehidupan yg puas dan sentiasa mencari kepuasan dan maknanya..
Memang tujuan kehidupan mencari hidup yg bermakna dlm perjalanan dan langkah baru, atau aku terus memburu hidup yg sentiasa diasak dan didesak oleh ketidakadilan dan sikap suka mencemuh..
Itu perkara yg tidak boleh disangkal dan menidakkan adanya perkara seperti ini umpama melakukan pembohongan dan penipuan, atau mungkin mahu berpura2 dgn harapan tidak mengganggu kehidupan yg dilalui. Dan tidak ada sesuatu dlm hidup ini tanpa harga atau nilai tertentu, biarpun kadang2 jelek atau amat hodoh..
Sudah tentunya cara terbaik adalah dgn melaluinya sebagai suatu perjalanan pengalaman..
Tanpa ragu dan tanpa gusar aku melalui hidup ini utk melengkapkan perjalananku, dan barangkali seperti yg dijangka selama ini, kehidupan akan berakhir pada suatu hari yg damai dgn noktah kebanggaan..
Aku percaya dan berpegang kepada suatu hakikat kini, bertapa kekuatan diri amat penting dlm berdepan dgn suatu situasi atau keadaan yg tidak memberikan sokongan atau kekuatan, dan merasakan detik cemas sebagai latihan pertahanan utk menjadi manusia tidak peduli, dan memahami setiap individu tidak semestinya ada sebarang kaitan atau hubungan..
Aku mengerti, hidup aku kini, dimana2 pun tetap atas prinsip atau wajah kendiri yg memisahkan seseorang dgn manusia lain, dan percaya akan perkara seumpama ini tanpa peduli tentang nilai baik atau buruk..
Pada suatu senja, aku merasakan betapa hidup ini amat asing, tentunya. Ada sebab dan alasan tertentu yg aku yakin utk berasa sedemikian dan beranggapan itu juga sebahagian daripada kejadian kehidupan manusia. Dan aku tahu ada sebab dan hujah utk berasa amat asing biarpun sebenarnya tidak sedemikian. Atau keasingan itu menjadi sebahagian pilihan dan bukan ketentuan atas dasar suatu kewujudan pun..
Apakah ini suatu keasingan?? (aku bertanya soalan utk diriku sendiri)..
No comments:
Post a Comment