Mencaci/menghina sesama manusia adalah satu bencana
bencana diri,diri yang terperi,
Tanggunglah segala azab diri,
Kerna diri penanggung Rahsia Diri,
Usah merebut seorang bidadari,
Kerna ia hanya telahan diri,
Rebutlah diri sendiri,
Kerna itu Esa yang Sejati,
Mahligai dunia impian Kemanusia,
Hakikatnya Tiada,Hanya Ilusian,
Merabalah Kalian Dalam Kegelapan,
Kerna Lupa Siapa Kalian,
Di Alam Cakra Mimpi,
Aku Sembunyi Firasat Diri,
Megetahui Segala Rahsia Diri,
Kerna Diri Adalah Ilahi,
Di Alam Fantasi Mimpi,
Aku Mencari Wajah Diri,
Wajah diimpikan insan untuk ditemui,
Rupa Rupanya Wajah Diri Sendiri,
Keliru Aku Didalam Noda,
Kapal Berlayar Tiada Nahkoda,
Mencari Diri Entah Dimana,
Rupa Rupa Terselit Dimakna Rasa,
Tertipu Aku Dimakna Rasa,
Manis Pahit Tiada Beza,
Baik Dan Jahat Ape Bezanya,
Bukankah Semuanya Alam Semesta,
Jauh Dekat Perasaan Semata,
Bezanya Sedar Atau Khayalan Saja,
Usah Diimpikan Sesuatu Yang Tiada,
Kerana Semuanya Ilusi Belaka,
Janji Tuhan Bidadari Indah,
Untuk Melepaskan Nafsu Serakah,
Walha Diri Tak Pernah Ada,
Wujud Hanya Rasa Dan Perasaan Semata,
Umat Islam Suka Menagih,
Usaha Tiada Mintanya Lebih,
Harapkan Janji-Janji Iblis,
Sudah Terperangkap dengan Tasbih,
Ku Berjalan Rasanya Jauh,
Tapi masih Nampak Dipandang,
Terperangkap jua Dalam Kesamaran,
Kerana Itu Putaran Kehidupan,
Hendak Ku Sujud Untuk Apa?
Ku mengintai Langit,
Bulan Berbicara Dusta,
Kalimah Agung,Tiada Makna,
Hanya Persepsi Andaian Kata,
Bidadari Cantik Umpanan Manusia,
Syurga Idaman Dimanakah Ia?
Hidup Hanya Persembahan Dusta,
Masihkah Berharap Syurga Loka?
Tiada Nyata Hanya Ilusi Belaka,